Saturday, June 30, 2012
Taat kepada Raja dan negara, bukan BN, kata Pakatan kepada penjawat awam
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.
"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.
"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.
Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..
Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".
"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung DAP itu yang juga merupakan ahli Parlimen mengingatkan Ali seharusnya, sebagai pegawai tertinggi penjawat awam, beliau perlu menghormati Perlembagaan.
"Dan pembangkang, yang dikatakan kepada orang bawahannya supaya tidak mempercayai mereka, perlu mendapat penghormatan sama seperti parti memerintah. Kami adalah pembangkang yang setia kepada Raja," jelas Lim.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata politik perlu dipisahkan dengan tugas penjawat awam dan menolak kenyataan Ali yang ketaatan penjawat awam bergantung kepada kerajaan hari ini.
"Kita perlu taat kepada negara, Perlembagaan, dan Raja. Kita tidak perlu taat kepada parti. Pada masa sama, mereka tidak boleh campur adukkan dengan politik," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bersetuju dengan Lim, menambah "ketaatan kepada negara" tidak boleh disamakan dengan "ketaatan kepada Umno dan BN."
Beliau turut memuji tugas dan tanggungjawab penjawat awam terhadap kerajaan hari ini, kerana mematuhi arahan pemimpin, namun beliau mengingatkan tugas mereka adalah untuk berkhidmat dengan "professional."
"Mereka bukan alat dan hamba kerajaan ... terutamanya bila mereka bukanlah kepentingan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka perlu menjalankan polisi dengan terurus, efektif, dan telus - itu yang penjawat awam perlu lakukan," turut dipersetujui oleh Dr Tan.
Sejumlah 1.4 juta penjawat awam adalah peti undi untuk BN namun kontroversi berkenaan skim bayaran gaji dan isu utama mungkin memberikan harapan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Namun, sejak akhir-akhir ini, kakitangan atasan penjawat awam dilihat menjangkaui batas untuk melindungi BN.
Lim bagaimanapun percaya mesej-mesej sedemikian mungkin tidak diendahkan mereka.
"Saya tidak rasa kita perlu memandang rendah keupayaan penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka terikat untuk melakukan tugas kerana menjalankan tanggungjawab mereka. Bila mereka bersaraan kita akan lihat mereka menyertai pembangkang," tambahnya lagi.
Lim menjelaskan bukan mudah untuk penjawat awam mengingkari arahan yang diterima dari atas jika mereka rasakan ianya salah.
"Juga sukar untuk mereka meletak jawatan. Itu periuk nasi mereka," katanya.
Namun jelasnya, ia tidak bermakna bila mengundi mereka akan memangkah BN.
"Jangan memperlekehkan kepandaian mereka," tambahnya lagi.
Sunday, June 24, 2012
Najib hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia loji pemprosesan nadir bumi adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman PM
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa "fakta saintifik" telah membuktikan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Pahang adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman perdana menteri.
Rakyat sudah pun membuat keputusan mengenai keselamatan loji pemprosesan nadir bumi apabila mereka boleh lihat dengan jelas bahawa kerajaan Australia enggan mengambil kembali sisa nadir bumi dan juga apabila loji Lynas itu tidak ditempatkan di Putrajaya tetapi di kalangan rakyat biasa di Gebeng.
Lihat betapa kurang sensitifnya Perdana Menteri apabila beliau mengungkapkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan awam sebagai "kebimbangan rekaan", apabila beliau, isteri serta anak-anaknya tidak perlu menghadapi risiko sekiranya apa-apa berlaku.
Jika Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin tidak berani menunaikan janji untuk tinggal di sebelah loji Lynas, bagaimanakah Najib boleh menyatakan bahawa tidak ada fakta-fakta saintifik yang dapat menimbulkan keraguan mengenai keselamatan awam atau persekitaraan?
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ingin membenarkan Lamp untuk beroperasi kerana BN lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat. Kegagalan untuk mendengar kebimbangan rakyat ini menonjolkan perbezaan antara BN dan PR dalam pendirian persekitaraan di mana PR ingin menutup Lamp.
Najib belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berkunjung beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lagi murah? Najib harus belajar daripada kerajaan Australia yang mementingkan kebajikan, kesihatan dan persekitaraan rakyat daripada keuntungan.
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23hb Jun 2012
Saturday, June 23, 2012
Ganti rugi $80,000 untuk Guan Eng
GEORGETOWN:
Mahkamah Tinggi di sini kelmarin memerintahkan Utusan Melayu Berhad
(Utusan Melayu) membayar RM200,000 ($80,037) kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Encik Lim Guan Eng, sebagai ganti rugi perkataan fitnah yang
dilaporkan dalam akhbar syarikat itu pada 2008.
Pesuruhjaya Kehakiman, Cik Nurmala Salim, dalam penghakimannya memutuskan artikel "DEB: Guan Eng Tetap Berdegil" yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Mac 2008 mengandungi perkataan fitnah iaitu 'menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)' yang tidak disebut Encik Lim.
Beliau berkata, perkataan yang digunakan akhbar itu terlalu berat, tidak mempunyai maksud sama dengan perkataan 'bebas', boleh menyebabkan ketegangan kaum serta perbuatan tidak bertanggungjawab dalam konteks masyarakat majmuk.
"Oleh itu, mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan itu bertujuan memfitnah dengan cuba menggambarkan plaintif seorang ahli politik berniat jahat dan mempunyai pendirian untuk menghapuskan DEB.
"Oleh itu, mahkamah menganugerahkan kepada plaintif ganti rugi RM200,000 dan kos berjumlah RM20,000," katanya.
Encik Lim, yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), menyaman fitnah Utusan Melayu berhubung artikel itu dengan mendakwa ia mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat selain menafikan mengeluarkan perkataan berkenaan pada satu sidang akhbar.
Sementara itu, Encik Lim berkata beliau gembira kerana mahkamah memberikan keadilan bagi membetulkan fitnah yang digunakan untuk menyerangnya selama empat tahun ini.
"Ini kemenangan kali kedua saya ke atas Utusan (Melayu). Hari ini juga hari kemenangan kepada kebebasan akhbar yang berdasarkan dua syarat iaitu melaporkan berita benar dan memberi peluang menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada kami," katanya. - Harian Metro.

Monday, June 18, 2012
Lawatan 11 hari Najib ke UK, AS telan belanja RM3 juta
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United
Kingdom dan Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang
rakyat hampir RM3 juta.
Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175.
Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta.
Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985 juta.
“Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri,” kata Nazri. – Roketkini.com

Wednesday, June 13, 2012
DAP: K'jaan gagal buktikan cubaan rampas kuasa
Penasihat parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Kerajaan Persekutuan gagal
membuktikan dakwaannya bahawa himpunan BERSIH 3.0 adalah satu cubaan
rampasan kuasa.
Ini jelas terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ser Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa penyokong BERSIH boleh menumbangkan kerajaan menggunakan "garam dan botol mineral", kata Kit Siang dalam kenyataannya.
Nazri berkata demikian sewaktu menjawab soalan Kit Siang di Parlimen hari ini.
Ahli parlimen Ipoh Timur itu meminta perdana menteri menjelaskan alasan kerajaan menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April sebagai cubaan merampas kuasa sedangkan peserta himpunan hanya membawa botol air dan garam.
Tiga mantan ketua polis negara - Tan Sri Musa Hassan, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor - juga pernah mendakwa BERSIH merupakan cubaan rampasan kuasa, sekali gus menyokong pendirian Najib Razak.-Mkini

Tuesday, June 12, 2012
Scorpene "not a serious matter": Minister must explain
Foreign Minister Dato Seri Anifah Aman is walking on thin ice when he
says the Scorpene probe is "not a serious matter that we need to
follow".
Firstly, he should tell us how much he knows about the probe and how he has come to know those details given the fact that Malaysia is not currently participating in the probe in France.
It is refreshing to hear that the Minister seems to know the issues in the probe. But his remarks don't add up.
On the one hand he says its not a serious matter that we need to follow. On the other hand, he says Malaysia will "make the necessary preparations to face the trial when they are needed".
With respect, the Minister must make up his mind. If Malaysia will participate, why are we not there to assist to begin with?
Perhaps the Minister should, and I call upon him to brief Parliament in detail over what the probe has revealed to date and to what extent evidence has been obtained and whether it reflects any wrongdoing on part of our officials in the said transaction.
The Minister must tell us why it is he thinks this is not a serious matter. It is a matter of public concern. He must give us reasons in full.
The Minister is also quoted as saying "so far we have not received any information from the French Embassy. But if necessary, we are ready to defend ourselves".
This defies logic. There is a probe which is on going which involves the nation. Surely we cannot just sit back and wait for the French Embassy to brief us?
The Attorney General should, as first legal officer, intervene. He should and must advise the Minister that the proper approach to take especially in a case like this where the country's reputation is at stake, is to take from the very outset, stock of the situation.
We should and must participate and have our own representatives defending us and regularly updating us as to the findings of the inquiry. We should be on top of things.
Anything short of this would appear to be an obviously negligent handling of the matter for which the government must in the end be fully prepared to account for.
Media statement by Gobind Singh Deo in Kuala Lumpur on Tuesday, 12th June 2012

Sunday, June 10, 2012
Lim tuntut menteri minta maaf isu beku pinjaman PTPT
Penasihat
DAP Lim Kit Siang berkata menteri kabinet yang menyokong tindakan
membeku pinjaman siswa di universiti bawah kerajaan Selangor sepatutnya
mengambil iktibar daripada buku panduan moral 1Malaysia yang baru
dilancarkan kerajaan.
"Sanggupkah timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri pengajian tinggi Datuk Seri Khaled Nordin memohon maaf atas taktik membuli dan pecah amanah sepertimana yang dilihat dalam pembekuan pinjaman PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel dan Kuis yang amat kejam?," soalnya.
Katanya, menteri berkenaan perlu berbuat demikian dengan mencontohi nilai yang diuar-uarkan dalam buku panduan tersebut.
"Ataupun adakah panduan nilai-nilai murni 1Malaysia kepunyaan Rais ini adalah tidak aktif seperti gimik 1Malaysia yang lain atau adakah menteri dan pemimpin BN yang lain dikecualikan daripada 21 nilai murni ini kerana ianya hanyalah untuk kegunaan orang awam?"
Lim mengulas kenyataan timbalan perdana menteri yang menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.
"Bagaimana Muhyiddin dan Khaled mampu berkelakuan sebegini dan membelanjakan peruntukan dana awam seperti PTPTN seperti harta pusaka mereka sendiri?," soal Lim lagi.
Katanya, tindakan itu menganiaya siswa berkenaan yang dilayan seperti "kambing hitam" dalam keadaan Umno dan BN "terdesak" untuk merampas semula pentadbiran Selangor.
PTPTN yang menyatakan bahawa pembekuan pinjaman berkenaan sebagai ujian ke atas dasar pendidikan percuma kerajaan Pakatan Rakyat semalam menarik semula tindakan tersebut.
Lim seterusnya mengaitkan episod tersebut dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Umno kekurangan pemimpin yang cekap kerana menolak bakat baru.
"Agak jelas, Malaysia bukan sahaja mempunyai barisan kabinet yang nyanyuk di bawah pimpinan Najib, bahkan juga timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran serta menteri pengajian tinggi yang nyanyuk (kerana) terlibat dalam penerbitan sandiwara PTPTN dan Unisel," katanya.

Tuesday, June 5, 2012
Bukankah MCA dan MIC menjadi kuda UMNO sejak merdeka?
UMNO masuk kampung orang Melayu dan berkata PAS kuda tunggangan DAP
manakala MCA masuk kampung baru Cina dan berkata DAP kuda tunggangan
PAS. Sekarang masalahnya 'siapa tunggang siapa'? Jawapannya, dalam
Pakatan Rakyat tidak ada siapa yang tunggang siapa. Setiap parti dalam
Pakatan Rakyat mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri.
Tetapi, ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR menaiki landasan yang sama untuk membawa kebajikan dan keadilan kepada rakyat serta menyelamatkan Malaysia daripada kronisme, nepotisme dan korupsi. Tidak ada ruang untuk mana-mana parti untuk tunggang parti lain seperti mana yang didakwa oleh Barisan Nasional.
Barisan Nasional tidak ada modal yang mantap untuk kempen pilihanraya kali ini. Meraka sudah tercicir daripada landasan perjuangan untuk membela rakyat jelata. Tambahan pula, Barisan Nasional telah hilang hala tuju. Setiap hari sokongan rakyat semakin terhakis kepada Barisan Nasional. Tindak-tanduk Barisan Nasional yang menggalakkan budaya samseng dan fitnah yang berterusan juga melemahkan lagi kedudukannya.
Akhirnya, Barisan Nasional mencaturkan taktik kotor untuk menuduh PAS kuda DAP di satu tempat dan DAP kuda PAS di tempat yang lain. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia lebih pintar dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat Barisan Nasional. Sentimen perkauman sengaja diungkitkan untuk meraih undi daripada kumpulan sasaran mereka.
Tohmahan Barisan Nasional terhadap DAP dan PAS adalah tidak berasas. Tetapi, jelas sekali dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa MCA dan MIC merupakan kuda tunggangan UMNO sejak merdeka sehingga ke hari ini. Budaya 'Pak Angguk' telah diajar oleh UMNO kepada MCA dan MIC. Jangan lawan 'Tau Ke' jika terus mahu kekal dalam kedudukan politik dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh mereka. Oleh yang demikian, polisi 'yes boss' ini telah terpahat dalam semua pemimin-pemimpin MCA dan MIC sehingga hari ini.
Sebagai kesimpulan tradisi naik kuda ini adalah merupakan amalan parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional. Jangan membawa budaya itu untuk dibandingkan dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
*** Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Isnin, 4hb Jun 2012 * V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

Subscribe to:
Posts (Atom)