Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan bahawa
terdapat sebarang cubaan menyeludup “sumbangan kepada Umno Sabah” yang
berjumlah RM40 juta ke dalam negara.
Menjawab satu soalan dalam sidang media di ibu pejabat UMNO semalam,
Najib mengatakan “Tidak” apabila ditanya apakah terdapat sebarang asas
dalam dakwaan pembangkang bahawa dana yang diseludup atau digubah di
Hong Kong dan beliau menambah: “Perkara itu sudah pun dijelaskan di
Parlimen”.
Tidak terdapat sebarang penjelasan di Parlimen adakah matawang
Singapura bernilai RM40 juta yang terdapat di dalam bagasi seorang
pedagang balak Michael Chia sebelum menaiki kapal terbang ke Kuala
Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos, 2008 dan
ditahan kerana penyeludupan dan penggubahan wang haram itu sama ada
“diseludup atau wang yang digubah”.
Apa yang diberitahu kepada Parlimen adalah Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Musa Aman telah dibersihkan daripada pertuduhan “rasuah”
memandangkan RM40 juta itu hanyalah “sumbangan” kepada UMNO Sabah dan
bukannya untuk kegunaan peribadi musa serta “elemen rasuah tidak dapat
dibuktikan” – walaupun bertebaran di dalam laporan media bahawa ketika
itu Chia memberitahu pihak berkuasa Hong Kong yang duit tersebut milik
Musa.
Terdapat dua soalan di sini: pertama, adakah wang RM40 juta itu
merupakan transaksi melibatkan kesalahan rasuah sama ada melibatkan Musa
atau UMNO Sabah; dan kedua, adakah wang RM40 juta itu duit haram hasil
rasuah dan/atau aktiviti-aktiviti haram sehinggakan perlu digubah secara
haram atau diseludup masuk ke negara ini.
Nazri telah dilaporkan menarik balik apa yang beliau beritahu
Parlimen pada hari Khamis dan menjelaskan bahawa SPRM yang membersihkan
Musa daripada pertuduhan Rasuah bukannya Suruhanjaya Bebas Pencegahan
Rasuah Hong Kong (ICAC) atas sebab wang RM40 juta itu adalah sumbangan
kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Musa.
Tetapi apabila Najib menafikan yang wang RM40 juta itu adalah duit
“yang diseludup atau digubah”, menyatakan perkara itu telah pun
dijelaskan di Parlimen, mengundang persoalan bagaimana Najib atau Nazri
tahu bahawa wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura yang
menyebabkan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabang HK
pada 14 Ogos, 2008 kerana penyeludupan atau penggubahan wang haram BUKAN
duit yang “diseludup atau digubah”?
Adakah SPRM juga telah membersihkan matawang Singapura bernilai RM40
juta milik Michael Chia sebagai wang bersih dan bukannya duit haram
hasil rasuah atau penggubahan wang haram, dan jika begitu, SPRM
sepatutnya menjelaskan bagaimana mereka sampai kepada penenumuan
sedemikian atau berdepan risiko ditabalkan sebagai Suruhanjaya
Bersubahat Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
No comments:
Post a Comment