Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengamalkan
apa yang beliau katakan dan jangan berat sebelah dengan mengarahkan BN
di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk membentangkan EXCO
bayangan sekiranya BN bersungguh mahu menawan kembali negeri-negeri
tersebut. Maka BN sebenarnya lebih teruk daripada PR kerana BN bukan
sahaja tidak mempunyai kabinet bayangan untuk negeri-negeri PR tetapi
juga tidak melantik calon Menteri Besar di Selangor, Kelantan dan Kedah.
Sungguhpun BN berbohong bahawa PR tiada bakal Perdana Menteri, PR
telah pun bersepakat dan bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia yang
seterusnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. PR juga telah menggunakan
pendekatan unik untuk kabinet bayangan dengan melantik 3 orang daripada
setiap parti PR (PAS, DAP dan PKR) bagi setiap portfolio kementerian.
Ini menunjukkan yang pemimpin PR bukan gilakan kuasa tetapi dahagakan
dasar yang bermanfaat buat rakyat. Itu adalah budaya politik baru oleh
PR dengan dasar berkesan berpaksikan rakyat berbeza dengan dasar memuja
tokoh BN yang mengkayakan kroni.
DAP sesungguhnya tidak bersetuju bahawa penghapusan tol akan
menyebabkan kejatuhan Bursa Malaysia kerana kebanyakkan pemegang konsesi
adalah syarikat tersenarai awam. Sekali lagi Najib telah mendedahkan
secara bawah sedar bahawa beliau lebih bimbangkan tentang nasib
sebahagian kecil syarikat tersenarai awam berbanding mata pencarian 28
juta rakyat Malaysia.
Perdana Menteri mengancam bahawa penghapusan tol seperti Lebuhraya
Utara-Selatan akan menyebabkan kejatuhan Bursa adalah salah sama sekali.
Bagaimanakah Bursa mampu jatuh apabila PLUS telah pun diambil swasta
tahun lepas dan tidak tersenarai pun di dalam Bursa Malaysia? Jelas
ancaman sedemikian bukan sahaja mengarut tetapi juga tidak bertanggung
jawab lebih-lebih lagi ia datang daripada seorang Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment