KUALA
LUMPUR, 5 DISEMBER: Pemimpin UMNO dan MCA silap besar kerana melakukan
‘auta’ terang-terangan apabila kenyataan mereka yang memburukkan
kewibawaan DAP saling bercanggah antara satu sama lain.
UMNO juga mengugut dengan mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa dan ditindas jika mereka mengundi DAP, begitu juga dengan pemimpin MCA pula mengugut orang Cina.
Perkara itu menimbulkan persoalan, adakah mereka sengaja berbuat demikian untuk membodohkan rakyat atau dua parti terbabit sememangnya saling bermusuhan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, Najib dan pemimpin BN yang lain tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat kerana mereka kini mempunyai akses kepada pelbagai saluran maklumat alternatif terutamanya melalui media internet.
Sambil menganggap tindakan UMNO dan MCA itu sesuatu yang memalukan, Kit Siang dengan nada menyindir berkata, mereka sepatutnya menyusun dan menyelaraskan perbezaan untuk menghasilkan satu “penipuan besar ke atas DAP”.
“Pada isu ini saja, kita dapat lihat bagaimana parti komponen BN bukan sahaja menyebarkan pembohongan terang-terangan malahan bercanggah antara satu dengan lain,
“Ini menunjukkan mereka muflis idea, prinsip politik dan moral. Situasi ini menjelaskan bahawa mereka sudah layak untuk dikeluarkan daripada Putrajaya.” jelas Kit Siang.
Justeru, beliau merayu semua pengundi di Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kawasan bangkit dan bersatu menyatakan pendirian jelas pada PRU-13 nanti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menegaskan bahawa DAP bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat menolak semua jenis mainan dan doktrin politik “pecah dan perintah” UMNO-BN yang selama ini diamalkan kerana ia akan membawa mudarat kepada negara.
“Pakatan Rakyat menentang penindasan mana-mana kaum, agama atau kumpulan dan akan memastikan berakhirnya peminggiran dan diskriminasi mana-mana kaum, agama atau kumpulan. Inilah yang akan menjadi prinsip kerajaan Persekutuan PR di Malaysia jika diberi mandat,” katanya.
Semua ini, jelas Kit Siang, akan terzahir dengan pemahaman, kesedaran dan kerjasama kukuh segenap lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Kadazan, Iban dan sebagainya.
“Jika PR mencapai kejayaan di Putrajaya, andalah perwira sebenar negara demi Malaysia yang berdaulat, berprinsip, adil dan bersih.” katanya.- Roketkini.com

No comments:
Post a Comment