Kuala Terengganu, 25 Apr – Kemiskinan merupakan satu ‘tragedi’ menimpa rakyat negeri Terengganu yang merupakan antara negeri terkaya di
Pendapatan dari hasil royalti petroleum yang diperolehi oleh kerajaan sejak 30 tahun lalu. gagal diagihkan dengan saksama menyebabkan jurang kaya-miskin rakyat begitu ketara.
Nasib yang menimpa keluarga Hasbunaim Ahmad, 35, mungkin boleh diubah sekiranya masyarakat dan kerajaan fokus dalam soal membasmi kemiskinan.
Beliau yang tinggal di Kampung Kuala Pueh Hulu Terengganu agak
Disebabkan tidak ada peluang pekerjaan yang lebih baik, Hasbunaim menyara kehidupan keluarganya dengan mengambil upah memanjat dan menurunkan buah kelapa.
Dengan pendapatan antara RM 300 hingga RM400 sebulan, Hasbunaim tidak mungkin dapat menikmati cahaya ‘lampu’ pada waktu gelap malam.
Bahkan dengan perolehan sebanyak itu, tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarganya selama sebulan.
Mereka tidak mampu untuk membiayai kos pendawaian elektrik, bayaran deposit dan lain-lain yang mencecah sehingga RM650.00.
Isterinya, Tengku Aishah Tengku Awang, 34, adalah suri rumah sepenuh masa dan mereka berdua dikurniakan
Perbelanjaan persekolahan tiga orang anaknya turut memeningkan kepala Hasbunaim dengan segala keperluan persekolahan yang pelbagai sekarang ini.
Kesusahan keluarga Hasbunaim telah mendapat perhatian para petugas Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Terengganu.
Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata beliau telah menziarahi keluarga Hasbunaim beberapa hari lalu dan terkejut melihat kesusahan yang mereka alami.
“Saya amat terkejut dengan kesusahan mereka, rumah mereka ‘dhaif’, duduk kira-kira 7 kilometer dari empangan Kenyir yang membekalkan elektrik keseluruh Malaysia,
“malangnya rumah mereka sendiri tidak mempunyai bekalan elektrik,”kata Chai Hing.
Beliau berkata sepatutnya pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) prihatin dan mengambil cakna namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Katanya, keluarga tersebut pernah beberapa kali memohon bantuan dari pihak kerajaan, namun satu bentuk bantuan pun tidak diterima oleh mereka.
“Sekurang-kurangnya JKKK sepatutnya usahakan, supaya rumah tersebut dapat bekalan elektrik,
“bagaimana anak-anak mereka akan mahu dalam pelajaran sekiranya mereka belajar dirumah dengan cahaya pelita atau lilin,”ujarnya.
Oleh itu, DAP Terengganu akan mengusahakan satu dana bagi membantu keluarga Hasbunaim dan mungkin beberapa keluarga yang lain, yang memerlukan bantuan.
“Kita akan usahakan dana bagi membantu membiayai kos pendawaian elektrik dan membayar deposit dengan pihak Tenaga Nasional,
“Ia satu tanggungjawab sosial kita, bersama-sama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain,”katanya.
Beliau turut menyumbangkan sedikit bantuan berbetuk ‘hamper’ barangan sewaktu mengunjungi rumah Hasbunaim dan menghulurkan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan bebena semasa keluarga tersebut.
Turut bersama beliau menziarahi keluarga tersebut adalah Setiausaha DAP Cawangan Sungai Tong, Encik Zainal.
不过,另一边厢的民联也不甘示弱。行动党昨晚共派出4名女议员,以尖兵之势开入十八丁新村。该新村拥有4000多名华裔选民,属于主要华裔票仓之一。
据悉,马华和民政党低调地走入民间,与当地家庭主妇交流面谈,已令一些妇女票有所动摇。行动党破天荒首次由全女将领衔,开讲并唱歌,誓要兵来将挡,稳住妇女票支持票源。
顶着一头橘红色头发的张念群(左图左),在主讲时便询问观众:“若(九洞州议员)许月凤来这里,有没有臭鞋子丢她,有没有臭鸡蛋丢她?”






