Sunday, June 7, 2009
DAP akan bawa Trgaedi Bumbung Stadium Runtuh ke Parlimen
KUALA TERENGGANU – DAP akan membawa isu Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada 2hb Jun lalu ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 15hb Julai akan datang. (Gambar - En. Ng bersama AMK membuat laporan di balai polis pada 3hb Jun lalu mengenai kejadian bumbung stadium runtuh)
Pengerusi DAP Terengganu, En. Ng Chai Hing berkata demikian ketika ditanya pihak media.
Beliau berkata ada sesuatu yang tidak kena dalam tagedi bumbung runtuh itu kerana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, baru berusia setahun.
Katanya, siasatan terperinci mesti dilakukan untuk mendakwa pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam isiden tersebut.
“Kita lihat ini, ada sesuatu yang tidak kena, sebab bangunan ini disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa, bila berlaku demikian sudah pasti pihak kontraktor tidak akan mengikut peraturan pembinaan,
“Contohnya kalau dia (kontraktor) buat konkrit, sepatutnya dua minggu baru boleh buka, tapi sebab nak kejar masa, tiga (atau) empat hari dibuka,
“Jadi itu tidak cukup masak, tidak kukuh dari segi pembinaan,”jelasnya.
Katanya, mungkin Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, En. Lim Kit Siang sendiri akan membawa perkara tersebut ke Parlimen.
“Mungkin Lim Kit Siang (akan bawa), sebab pada hari berlaku isu (kejadian) ini dia menelefon saya, tanya (saya) keadaan stadium (yang runtuh) bagaimana ia boleh berlaku,”katanya.
Katanya, pihak DAP Terengganu akan menyiapkan satu laporan untuk makluman pimpinan tertinggi DAP peringkat pusat. Buletinonline
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ah Heng, say lah something with more intelligence than just blah-blah, satu dunia kejuruteraan tengah berbahas pasal "Space frame steel roof structure", kau cakap pasal konkrit tak cukup masak pulak, kau ingat kandang kambing ke? kau disguise orang tengganu lah, nanti satu dunia ingat tengganu ni darat betul, kan kau sendiri kata bumbung runtuh? kalau tidak kau "senyap ejalah" jangan ingin jadi hero sangat
Hahaha... Ah Heng.. who the f### are you? An Engineer?, Surveyor? Professor? Architect? You know bloody nuts about construction and not even fit to be the indonesian construction worker at the site. What the hell are you blabbering about? You can't even differentiate between a screw and a nut and you want to comment on the technical aspects of the stadium? Aiyoh.. don't insult the intelligence of the Terengganu Rakyatlah! Gi main wau lah! Orang Ganu kenal mu sangatlah.
Post a Comment