Saya ingin menyokong seruan PKR baru-baru ini bagi Pakatan Rakyat
berdebat dengan UMNO terhadap isu-isu komuniti kaum India selain
daripada MIC kerana UMNO dikatakan penyebab masalah-masalah komuniti
berkenaan.
Saya percaya bahawa kita tidak sepatutnya mempraktikkan "
tribalisme" di mana UMNO mewakili Meleyu, MIC India dan MCA Cina
semata-mata. Negara kita tidak akan mencapai perpaduan sejati jika
parti-parti politik masih ditubuhkan berasakan kaum masing-masing.
Oleh itu, saya mencadangkan debat di antara DAP Johor dan UMNO
Johor supaya UMNO juga dapat membuktikan ianya bukan suatu parti untuk
Melayu semata-mata bahkan UMNO berkebolehanan memperbahaskan isu-isu
komuniti etnik lain.
DAP Johor sentiasa bersedia berbahas berkenaan masalah dan
inspirasi mana-mana lapisan masyarakat di Negara ini sebab DAP berazam
mewakili semua warga dan lapisan masyarakat Malaysia.
Saya percaya debat yang dicadangkan di antara UMNO dan DAP Johor
terhadap permasalahan komuniti India Johor akan memberikan pletform yang
sesuai untuk dua-dua parti DAP dan UMNO untuk membuktikan mereka
mewakili semua rakyat Malaysia.
Saya juga ingin memberikan maklum balas terhadap kempen oleh pihak
tertentu bahawa saya adalah "rasis" dan "tidak ingin membantu
masyarakat India di Negeri Johor".
UMNO dan BN sebagai keraajn kini adalah punca permasalahan
sisio-ekonomi komuniti India di Negeri Johor. Sebenarnya saya
dimaklumkan sesetengah ahli politik adalah dalng belakang skandal ubah
syarat tapak SJK(T) Kangkar Pulai kepada tapak stesyen minyak sebelum
ini.
Saya tidak meminta sebarang balas budi daripada mana-mana pihak
khasnya komuniti India setempat bahkan pendidikan dan pembelajaran
bahasa ibunda mereka adalah hak asisi mereka terjamin di bawah
Perlembagaan Persekutuan. Saya cuma menjalankan tugasan sebagai seorang
wakil rakyat untuk semua warga Malaysia bila saya membawa isu-isu
permasalahn rakyat dalam Dewan Negeri.
Di sebaliknya, fakta sebenarnya adalah tapak SJK(T) Kangkar Pulai
diubah syarat semula dari tapak stesyen minyak kepada tapak sekolah
selepas saya membangkitkan isu berkenaan dalam persidangan Dewan Negeri
Johor. Oleh itu, adalah lebih sesuai untuk saya berbahas dengan bekas
Menteri Besar Johor dan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin terhadap masa depan komuniti etnik minoriti India Negeri Johor.
Malahan saya ingin memperbahaskan sama ada pinjaman RM 600 juta
daripada kerajaan persekutuan semasa beliau menjawat Menteri Besar Johor
sehingga 1995 dapat dibelanja secara lebih berhemah untuik memajukan
bekalan air di Negeri Johor.
Pinjaman berkenaan telah menelan lebih kurang separuh hutang awam
kerajaan Negeri Johor sejumlah RM 1.3 bilion pada tahun 2010. Pada waktu
ini, kerajaan Johor terpaksa menjual aset SAJ Holdings Berhad kepada
Pengurusan Aset Air Berhad, anak syarikat Kementerian Kewangan, untuk
menjelaskan hutang awam Kerajaan Negeri.
Saya mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin untuk berbahas berkenaan
topik sama ada kewangan Negeri Johor dapat diuruskan dengan lebih baik
khasnya syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk Johor Corp, dan
pembubaran Dana Johor dan Amanah Saham Johor.
* Dr. Boo Cheng Hau, DAP Johor State Chairman & SA for Skudai
No comments:
Post a Comment