Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mulakan
sandiwaranya semalam apabila mengungkitkan isu perkauman untuk
menimbulkan prasangka buruk diantara kaum, ketidakpercayaan dan
ketakutan dalam usahanya untuk ‘menyelamatkan’ UMNO dan Barisan Nasional
daripada kehilangan kuasa persekutuan apabila ditumpaskan dalam
Pilihanraya Umum ke-13 dan digantikan oleh Pakatan Rakyat.
Mahathir telah mengatakan bahawa pengundi Cina akan menjadi penentu
dalam pilihanraya umum ke-13, dan bahawa pengundi Cinalah yang akan
menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru kerana kaum
Melayu berbelah bagi diantara tiga parti.
Katanya, “majority Melayu sendiri telah berbelah bagi kepada tiga
dan kini menjadi minority” dan pihak pembangknag PKR, PAS serta UMNO
terpaksa berserah kepada tuntutan kaum Cina”.
Akibatnya, “parti-parti Melayu yang kecil ini perlukan sokongan kaum Cina untuk memenangi pilihanraya yang akan datang”.
Katanya lagi: “Mana-mana parti yang mendapat sokongan kaum Cina akan memenangi pilihanraya yang akan datang”.
“Hakikatnya, dewasa kini, ketiga-tiga parti Melayu sedang cuba
untuk “menyanjung-nyanjung” pengundi Cina. Jadi, mereka akan menjadi
rasis dan akan berkelakuan rasis.
Apa yang telah Mahathir katakan semalam sudah tentu mendapat tempat
diantara kenyataan dan komen yang tidak bertanggungjawab, tidak
munasabah dan menjadikan impian Wawasan 2020 itu sesuatu yang karut dan
juga Konsep Bangsa Malaysia yang telah memberi satu gambaran dimana
rakyat Malaysia sebagai “beretika, berintegrasi dan hidup secara harmoni
dengan satu sama lain secara saksama” menjelang 2020.
Mahathir telah mengungkitkan tiga isu perkauman dalam permainan barunya.
Pertamanya, adakah benar MCA, Gerakan dan SUPP akan meraih pengundi
Cina yang kurang dalam PRU13? Dan benarkah MCA, Gerakan dan pemimpin
SUPP bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu?
Keduanya, rakyat Malaysia berbangsa Cina bukanlah “penentu” dan
jelas tidak mahupun untuk menjadi “penentu” dalam pilihanraya umum
ke-13.
Realitinya adalah secara lojiknya berdasarkan bilangan nombor, kaum Cina tidak akan menjadi “penentu” keputusan pilihanraya.
Dalam apa-apa keadaan pun, apa yang pengundi Cina mahukan adalah
kebebasan untuk melaksanakan kewajipan asas seorang warganegara dibawah
Perlembagaan Persekutuan supaya dapat menikmati kesaksamaan ditanahair
sendiri daripada dipaksa untuk menyebarluaskan kira-kira dua juta warga
Malaysia ke luar Negara disebabkan oleh pentadbiran yang korup,
polisi-polisi yang tidak adil dan tidak berdemokrasi.
Kebetulan, Diaspora Malaysia tidaklah terbatas oleh rakyat Malaysia
berbangsa Cina tetapi kaum-kaum yang lain juga termasuklah bilangan
kaum Melayu yang kian meningkat.
Ketiga, “penentu” yang paling kuat dalam pilihanraya umum ke-13
bukanlah tertakluk kepada pengundi Cina sahaja tetapi kaum Melayu, Cina,
India, Kadazan atau Iban untuk bersatu padu dan membawa peralihan kuasa
persekutuan secara aman dan tenteram dalam sejarah 54 tahun dalam
Negara ini dan mengakhiri jajahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan
kuasa.
Semalam, Mahathir telah memaklumkan bahawa pilihanraya yang akan datang adalah berdasarkan isu perkauman.
Inilah apa yang dimahukan oleh Mahathir, pemimpin UMNO dan para
strategis yang mahukan pilihanraya umum yang akan datang didalangi isu
perkauman agar mereka boleh terus menakut-nakutkan para pengundi.
Rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, status mahupun negeri
mesti membuktikan kepada Mahathir bahawa tanggapan beliau, pemimpin UMNO
dan para strategis adalah salah sama sekali walaupun Mahathir sendiri
telah menolak konsep “Bangsa Malaysia” seperti sindiran terhadap konsep
1Malaysia oleh Perdana Menteri kita sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dan rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membuktikan yang rakyat
Malaysia lebih patriotik sekarang berbanding dengan pemimpin UMNO dan
Barisan Nasional dan akan menyahut seruan Pakatan Rakyat untuk
menunaikan kewajipan mengundi sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai
Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.
Pilihanraya umum yang akan datang ini bukanlah satu pertempuran
diantara kaum Melayu dan bukan Melayu, tetapi diantara golongan rasis
yang tetap membahagi-bahagikan rakyat Malaysia berdasarkan kaum
berbanding dengan perjuangan warga nasionalis dan warga patriotik
Malaysia yang mendahagakan kerajaan yang bersih, kemaslahatan ekonomi,
demokrasi, hak asasi manusia dan perpaduan sebagai isu utama dalam
pilihanraya umum yang akan datang.
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 29hb Jun 2012
No comments:
Post a Comment