Monday, October 22, 2012

Anthony Loke Bersama MP Pakatan Selar Presiden MCA

Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyelar parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA sebagai biadap kerana penghinaan yang dilakukan ke atas PAS dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa perhimpunan agung MCA ke-59 baru-baru ini di ibu kota.

“Dia (Datuk Seri Chua Soi Lek) seorang pemimpin dan penguasa politik dalam kerajaan BN yang cukup tidak bertanggungjawab kerana cuba menyuntik sentimen kebencian dan menakutkan orang ramai.

“JAKIM dan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak harus bertanggungjawab, adakah ini bermakna Umno terlalu lemah hingga MCA berani membuat serang-serangan seperti ini?” kata ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan).

Kenyataan Dzulkefly tersebut dilontar bagi membidas kenyataan baru-baru ini oleh presiden MCA tersebut yang mengatakan  negara yang mengamalkan hudud adalah negara yang paling korup dan juga negara yang mempunyai banyak jenayah dan mendakwa negara akan hilang 1.2 juta pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ahli parlimen DAP, Anthony Loke (gambar kiri) turut sama bangun mencelah dalam sesi perbahasan dengan menyelar Chua sebagai seorang yang biadap ekoran kenyataannya menyokong naib pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie.

“Saya terkilan dengan Chua yang menyokong Heng dengan dakwaan PAS menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

“Saya merasakan kenyataan MCA ini yang paling biadap. Chua adalah seorang presiden yang paling biadap!” jelas Anthony.

Ekoran kenyataan tersebut, ahli parlimen BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun mempertahankan kenyataan Chua semasa perhimpunan tersebut dan menerangkan kritikan dilakukan ke atas kerajaan yang memerintah dan bukannya kepada agama Islam.

Dalam perhimpunan baru-baru ini, Heng berkata PAS membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam yang kemudiaannya disokong oleh Chua.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

“Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

“Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol,” kata Heng.

Chua juga  berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang PR.

Saturday, October 20, 2012

Bagaimana Najib, Nazri atau SPRM tahu sama ada wang “seludup” RM40 juta merupakan wang yang digubah secara haram atau tidak?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan bahawa terdapat sebarang cubaan menyeludup “sumbangan kepada Umno Sabah” yang berjumlah RM40 juta ke dalam negara.
Menjawab satu soalan dalam sidang media di ibu pejabat UMNO semalam, Najib mengatakan “Tidak” apabila ditanya apakah terdapat sebarang asas dalam dakwaan pembangkang bahawa dana yang diseludup atau digubah di Hong Kong dan beliau menambah: “Perkara itu sudah pun dijelaskan di Parlimen”.

Tidak terdapat sebarang penjelasan di Parlimen adakah matawang Singapura bernilai RM40 juta yang terdapat di dalam bagasi seorang pedagang balak Michael Chia sebelum menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos, 2008 dan ditahan kerana penyeludupan dan penggubahan wang haram itu sama ada “diseludup atau wang yang digubah”.

Apa yang diberitahu kepada Parlimen adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah dibersihkan daripada pertuduhan “rasuah” memandangkan RM40 juta itu hanyalah “sumbangan” kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi musa serta “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” – walaupun bertebaran di dalam laporan media bahawa ketika itu Chia memberitahu pihak berkuasa Hong Kong yang duit tersebut milik Musa.

Terdapat dua soalan di sini: pertama, adakah wang RM40 juta itu merupakan transaksi melibatkan kesalahan rasuah sama ada melibatkan Musa atau UMNO Sabah; dan kedua, adakah wang RM40 juta itu duit haram hasil rasuah dan/atau aktiviti-aktiviti haram sehinggakan perlu digubah secara haram atau diseludup masuk ke negara ini.

Nazri telah dilaporkan menarik balik apa yang beliau beritahu Parlimen pada hari Khamis dan menjelaskan bahawa SPRM yang membersihkan Musa daripada pertuduhan Rasuah bukannya Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) atas sebab wang RM40 juta itu adalah sumbangan kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Musa.

Tetapi apabila Najib menafikan yang wang RM40 juta itu adalah duit “yang diseludup atau digubah”, menyatakan perkara itu telah pun dijelaskan di Parlimen, mengundang persoalan bagaimana Najib atau Nazri tahu bahawa wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura yang menyebabkan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabang HK pada 14 Ogos, 2008 kerana penyeludupan atau penggubahan wang haram BUKAN duit yang “diseludup atau digubah”?

Adakah SPRM juga telah membersihkan matawang Singapura bernilai RM40 juta milik Michael Chia sebagai wang bersih dan bukannya duit haram hasil rasuah atau penggubahan wang haram, dan jika begitu, SPRM sepatutnya menjelaskan bagaimana mereka sampai kepada penenumuan sedemikian atau berdepan risiko ditabalkan sebagai Suruhanjaya Bersubahat Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur

Wednesday, October 17, 2012

Justify RM1.6b write-off for Perwaja Terengganu, govt told

DAP secretary-general Lim Guan Eng today sought Putrajaya’s explanation for Perwaja Terengganu’s RM1.6 billion debt write-off given that the loss-making steelmaker is a public listed company.


The Auditor-General’s Report 2011 had revealed the write-off when detailing loans owed to Putrajaya by companies and state governments.

“Perwaja Terengganu is a public listed company so it should be able to pay up the debts,” Lim (picture), who is both Penang chief minister and Bagan MP, told reporters here today.
He said the federal government’s move to write off the debt is bad as it will encourage other companies to stop paying up their debts.

“This will tell others that if you pay up your debts, you don’t get anything but you have everything to gain when you default in your payments as your debts will get written off,” Lim said.

According to the A-G’s Report, Perwaja Terengganu has a RM1.725 billion loan with the federal government, of which it has only repaid RM100 million. As of 2011, it still owed a total of RM1.625 billion due over 14 to 17 years.

“In the report, it was stated that the federal treasury will be making allocations to write off the loan starting from 2011 and is expected to completely write it off by 2027,” Lim said.

“It goes to show that those who don’t pay up their debts will just get off scot-free and even get their loans written off while those of us who continue to service our loan, we don’t get any incentive or anything at all,” he said.

In the report, it was also stated that restructuring of some of the loans will be undertaken for 13 companies while five other companies will be sent reminders to pay up.

On another matter, also from the A-G’s Report, four state government agencies have been given the maximum four-star rating.

The agencies are Penang Development Corporation (PDC), State Financial Department, Penang Islamic Religious Council and the State Secretariat.

Congratulating the agencies, Lim said the state government will present each agency with RM10,000 for achieving a four-star recognition from the A-G.

“Next year, the state government will give RM15,000 to each department that earns a four-star rating from the AG,” he said.

Sunday, October 14, 2012

Isu Negara Kristian: Pembohongan UMNO-BN boleh rosakan pembangunan negara


KUALA LUMPUR 14 OKTOBER: DAP dengan jelas dan tegas mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang menggangkat Islam sebagai agama rasmi negara.

Kenyataan ini dibuat rentetan pembohongan serius yang menuduh DAP terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Negara Kristian di Malaysia dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.

Menyifatkan cuma orang bodoh sahaja yang mempercayai tuduhan tersebut, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa pendirian DAP adalah konsisten dengan pendirian tiga Perdana Menteri yang lalu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sejak 46 tahun penubuhan parti itu.

“Setakat pengetahuan dan pengalaman saya sejak 55 tahun kemerdekaan pada 1957, dan 49 tahun penubuhan Malaysia, tidak pernah wujud sebarang seruan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Kristian di Malaysia.”

Tuduhan dan pembohongan tidak berasas paling tidak bertanggungjawab tersebut ujar Kit Siang adalah perancangan jahat pihak UMNO-BN yang memperlihatkan mereka semakin terdesak.
“Tindakan desperado ini tidak ada batasnya. Mainan propaganda jahat dalam media arus perdana maupun media sosial adalah untuk mencipta ketakutan dan menanam benih kebencian dan konflik untuk menjamin kedudukan Perdana Menteri keenam dan parti pemerintah.” katanya.

Dalil yang menyanggah tuduhan UMNO-BN

Menyanggah pembohongan UMNO-BN, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor menjelaskan bahawa DAP berpegang kepada Malaysia yang demokrasi, meraikan kepelbagai kaum dan agama, bersifat sekular dan menjunjung Islam sebagai agama Persekutusan seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Menjelaskannya lanjut, beliau berkata, “Sekular disini bukan bermaksud anti agama atau anti tuhan tetapi berasaskan siasah pembinaan negara berasaskan moral dan pro-kepada agama-agama di Malaysia malah mempertahankan kepelbagaian agama dan keberagaman budaya Malaysia.
Tambahan pula fakta menunjukkan bahawa agama Kristian merupakan agama ketiga terbesar di Malaysia.

“Agama Islam dianuti sebanyak 60.4 peratus penduduk Malaysia, diikuti Buddha sebanyak 19.2 peratus, Kristian 9.1 peratus, Hindu sebanyak 6.3 peratus dan Konfusius, Tao dan agama Tradisional Cina yang lain sebanyak 2.6 peratus.”

Selain itu jelas Kit Siang, terdapat cuma 35 orang Ahli Parlimen sahaja yang beragama Kristian atau satu per enam dari kekuatan Parlimen.

“Adalah satu perkara yang mustahil untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan negara Kristian kerana bilangan Ahli Parlimen beragama Kristian tersebut tidak sampai pun dua pertiga dari 148 Ahli Parlimen untuk membentuk majoriti.”

Kelompok pengkhianat negara

Dalam pembinaan negara Malaysia yang  kehadapan, Kit Siang berkata tindakan kelompok yang menyebarkan pembohongan dan kepalsuan ini akan merosakkan proses pembangunan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama

“Mereka layak dikutuk sebagai pengkhianat yang paling hina dan keji kepada wawasan pembinaan  negara Malaysia yang bersatu dan harmoni!” tegasnya.-roketkini.com

Thursday, October 4, 2012

RM2500 untuk sebuah tangki air plastik?


KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER: Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,”

Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

“Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?” soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.
“Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air,” ujar Dr. Hiew.

Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

“Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar.” jelasnya lagi.

“Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin.” – Roketkini.com

Tuesday, October 2, 2012

Buying PRU13 - The Najib Way

Let's see what we have here. Succinctly put a budget which is best described as "more of the same", without new directions in managing the country's economy or creating new wealth including equitable distribution.

It is a budget that is designed to buy and secure another five years for the BN. It's designed to help the regime tide over what has been described as the country's most fiercely fought polls by throwing money at poor households, civil servants and young people - all who are key in bolstering BN's vote bank and if possible give prime minister Najib Razak a larger mandate.

In the quest to stay in power, the government has forgotten the welfare of the people. Malaysian families are facing a cost of living crisis but the budget does not provide sustainable solutions to this pertinent problem.

Instead it offers a one-off solution through BRIM 2.0 or RM 500 in cash handouts to households earning RM3,000 and below. And throwing in RM 200 to youths to buy smart-phones is not going to solve the problem. The government needs to explain how giving RM 200 for purchasing smart phones is going to cushion society from spiraling prices. This shows that this budget is about buying and securing BN's interest given a large number of the 2.2 million newly registered voters are likely to vote against the government.

The RM3-4 billion could have been used to increase food production and provide affordable transportation. Increase in food production could lead to lower food prices, greater income for rural and suburban farmers while saving money from foreign imports. And affordable transportation linking the periphery to the core city centers would help to decrease transportation costs.
Increase in food production and affordable transportation would have gone a long way to help manage the increase in the cost of living. But we have missed yet another chance.

However the puzzling ways of the government do not stop here. For example, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is getting a RM276 million-allocation to fight graft. No this has nothing to do with looking at restructuring the body which has come under severe criticism for lopsided investigations and targeting only opposition politicians. Instead, the government will make available an additional 150 posts annually to reach a target of 5,000 personnel in the MACC.

And that's still not the end of the horror for it has made available RM300 million for 1.5 million young people to buy smartphones from an authorized dealer. While this deal smacks of cronyism, it also shows Najib's priority or shall we say the lack of it, given the case.

While a desperate Najib slammed the opposition and took pot shots at Anwar Ibrahim during the last half hour of his budget speech last Friday, without mentioning names of course, he chose to give a rosy economic projection for the country. But growth rate projections of 4.5 % - 5% are highly optimistic. Malaysia is an open economy and thus highly vulnerable to external shocks.

The Ministry of Finance's Economic Report (2012-2013) notes that the country has experienced a 35-percent drop in FDI in the first 6 months of 2012. In fact, the International Monetary Fund's (IMF) most recent World Economic Outlook warns developing nations to brace for further risks from uncertainties in Europe and the USA.

This together with the contagion impact on the Indian and Chinese economies will bite into Malaysia's growth for the coming year. A further problem for the Malaysian economy would be the impact of the euro-zone crisis on demand for palm oil and other commodities. Industry sources note that palm oil prices would drop further in the coming months impacting on the country's revenue stream.

Let's not forget that 40% of Malaysia's revenue comes from the oil and gas sector which is very vulnerable to oil price fluctuations and production.

Deficits and debts have become BN's preferred policy norm or option in economic management. The government's attempts in reducing its 15-year budget deficit to 4%, from about 4.7 per cent of GDP in 2012, is largely prompted by pressure from global fund managers and rating agencies.

In the recent months, agencies such as Fitch and S&P warned of credit rating downgrades if the government did not reign in its fiscal deficit and ballooning debt of RM502.4 billion or 53.7% of GDP this year, with federal debt level at 55% of GDP being the legislated debt ceiling.

The government argues that deficit would be reduced with efficient tax collection and higher economic growth projected at 4.5% - 5.5% for 2013. This is also unlikely given the euro-zone crisis and its contagion impact on China and India. Thus projected increase in taxes and growth rates might not materialize.

And no where in Najib's two-hour budget speech did we hear anything about reducing wasteful spending like reducing the country's civil service, a move which is necessary but will create a backlash for his government come the next general election.

So one can expect a supplementary budget in 2013 just like the RM 13.8 billion a few months ago. What is clear is that the long term strategy in managing public finances in a sustainable fashion is missing.

Crime is another pressing problem in the country. While we commend the government for responding to the crime-issues faced by the rakyat, the present strategy of buying hardware and increasing manpower in the police force are not going to solve the problem. What is urgently required is a strategy change and re-allocation of resources.

The purchase of 1000 motor bikes is not going to decrease crime nor create confidence in the police force. The installation of 496 CCTV in 25 local councils is not going to create an iota of confidence in the police force either, especially if the nexus between the police and criminals and corruption are not addressed.

Instead the crucial action which needs to be taken immediately is the re-deployment of police personnel from non-crime related departments to crime related departments of the force.

At present about only 14% of the uniformed police force is in crime-related departments (criminal investigation department, narcotics and commercial crime investigation). In direct contrast, 86% of police personnel belong to the non-crime related sectors (management, internal security and public order, logistics, special branch, and special task force). And more financial resources should be allocated to the criminal investigation department which receives about 8% over the last three years.

Malaysia aims to become a high income, fully developed country by 2020. And yet, the prime minister and his government are reluctant to make the shift from race-based policies to merit and need and rights based policies. The has caused a massive brain drain and proved deterrent in luring foreign talent.

In all, it's clear that Najib's budget is tailored to ensure the survival of a regime. While the premier has been generous in dishing out cash handouts, he has been silent on structural reforms.
Najib is focused on winning the next election and has used the budget to try and make this happen. But the long term benefits of his budget to the country and his people could be written at the back of a match box.

And Najib is not serious about reigning in the ballooning federal debt, reducing deficit, ensuring a healthy economy, weeding out graft, breaking the monopoly of cronies close to the ruling elite and looking seriously into issues confronted by the rakyat, for he has certainly failed to do these in his budget.

Charles Santiago MP for Klang

Monday, October 1, 2012

Di manakah bakal Menteri Besar dan Kabinet Bayangan BN di 4 Negeri PR?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengamalkan apa yang beliau katakan dan jangan berat sebelah dengan mengarahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk membentangkan EXCO bayangan sekiranya BN bersungguh mahu menawan kembali negeri-negeri tersebut. Maka BN sebenarnya lebih teruk daripada PR kerana BN bukan sahaja tidak mempunyai kabinet bayangan untuk negeri-negeri PR tetapi juga tidak melantik calon Menteri Besar di Selangor, Kelantan dan Kedah.

Sungguhpun BN berbohong bahawa PR tiada bakal Perdana Menteri, PR telah pun bersepakat dan bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. PR juga telah menggunakan pendekatan unik untuk kabinet bayangan dengan melantik 3 orang daripada setiap parti PR (PAS, DAP dan PKR) bagi setiap portfolio kementerian. Ini menunjukkan yang pemimpin PR bukan gilakan kuasa tetapi dahagakan dasar yang bermanfaat buat rakyat. Itu adalah budaya politik baru oleh PR dengan dasar berkesan berpaksikan rakyat berbeza dengan dasar memuja tokoh BN yang mengkayakan kroni.

DAP sesungguhnya tidak bersetuju bahawa penghapusan tol akan menyebabkan kejatuhan Bursa Malaysia kerana kebanyakkan pemegang konsesi adalah syarikat tersenarai awam. Sekali lagi Najib telah mendedahkan secara bawah sedar bahawa beliau lebih bimbangkan tentang nasib sebahagian kecil syarikat tersenarai awam berbanding mata pencarian 28 juta rakyat Malaysia.

Perdana Menteri mengancam bahawa penghapusan tol seperti Lebuhraya Utara-Selatan akan menyebabkan kejatuhan Bursa adalah salah sama sekali. Bagaimanakah Bursa mampu jatuh apabila PLUS telah pun diambil swasta tahun lepas dan tidak tersenarai pun di dalam Bursa Malaysia? Jelas ancaman sedemikian bukan sahaja mengarut tetapi juga tidak bertanggung jawab lebih-lebih lagi ia datang daripada seorang Perdana Menteri.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan