Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata, seluruh rakyat Malaysia dan rakyat negeri Terengganu khususnya mestilah sedar, bahawa selama lebih 50 tahun BN telah membuat fitnah dan 'adu domba' sebagai senjata mereka untuk terus berkuasa.
"ini semua fitnah yang didalangi Barisan Nasional (BN) untuk terus memecah belahkan rakyat pelbagai kaum di negara dan negeri ini, mereka akan mengambil kesempatan dan supaya mereka terus berkuasa,
"semua rakyat......orang-orang Melayu, Cina dan India mesti sedar tentang perkara ini dan bangkit membuat perubahan,"katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu pesanan ringkas 'SMS' yang sedang beredar sekarang ini yang menuduh DAP mempunyai agenda untuk memerintah Malaysia.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya kerana katanya DAP telah bersepakat dengan Parti PAS dn PKR dalam Pakatan Rakyat menerima aspirasi persekutuan yang sedar bahawa orang-orang Melayu merupakan majoriti dan agama Islam adalah agama persekutuan.
"siapa Mohamed Razali Bin Abd Rahman.....saya tak kenal, tak pernah dengar nama itu...... kalau dia didakwa sebagai bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP, mesti saya kenal,
"kedua-dua jawatan itu adalah jawatan penting parti........tugasnya turun ke semua cawangan-cawangan DAP ke seluruh negara, tetapi tidak pernah orang yang bernama seperti itu 'round' seluruh Malaysia, ini fitnah yang nyata...........fitnah yang jahat,"tegasnya.
Menurutnya, manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan semalam Isnin 25 Februari adalah satu bukti yang jelas Pakatan Rakyat mengajak rakyat menghayatii kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sekaligus menjamin hak kebebasan beragama.
Katanya, dalam segmen 'Rakyat Bersaudara' dengan jelas dinyatakan Pakatan Rakyat akan "Menghapuskan diskriminasi kaum dan adu domba melaga-lagakan kumpulan masyarakat demi menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat".- BO
No comments:
Post a Comment