Sunday, February 10, 2013

Kempen bermula: Jadilah ‘pencetus perubahan’ sekarang!


KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seluruh rakyat Malaysia yang mahu menjadi pencetus perubahan Pakatan Rakyat (PR) dialu-alukan melayari Ubah.my bagi mendapatkan bahan kempen secara D.I.Y bagi menangkis propaganda dan fitnah jahat UMNO-Barian Nasional (BN).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Ubah.my menyediakan satu set lengkap bahan kempen yang mampu menumpaskan BN.
“Berdozen risalah dalam pelbagai bahasa untuk anda cetak dan edar kepada jiran tetangga disedia di sini.

“Kami juga menerbitkan banyak video untuk anda muat turun dan tunjukkan kepada ibu bapa dan keluarga di kampung. Gunakan kekuatan anda di dalam media sosial untuk menyebarkan bahan ini kepada kawan demi mencetus perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, PR adalah gabungan bermaruah kerana tidak memiliki kerendahan moral seperti BN yang menggunakan wang, media dan jentera kerajaan untuk berkempen.

“Kami ada anda yang menyaksikan segala pembohongan BN. Sudah pasti, anda makin muak dengan budaya kronisme dan rasuah yang berleluasa. Kita harus sama-sama menghentikan salah guna kuasa ini.

“Andalah yang akan menjadi laskar rakyat. Andalah yang mampu untuk mencetuskan perubahan,” beliau berkata. – Roketkini.com

No comments: