Friday, September 13, 2013

‘Admin’ Tanda Putera akhirnya mengaku salah

Lebih dua minggu selepas tayangan perdana filem kontroversi Tanda Putera dan selepas setahun operasi politik filem itu menyerang Lim Kit Siang dan DAP, penyelenggara laman Facebook filem terbabit akhirnya meminta maaf dan mengaku salah.

Laman Facebook Tanda Putera adalah sumber pertama yang menyiarkan gambar menunjukkan pemimpin veteran DAP itu diheret dua lelaki beruniform, dengan kapsyen mendakwa Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor sewaktu rusuhan 13 Mei 1969.

Semalam, bekas Pegawai Cawangan Khas, Tan Sri Yuen Yuet Leng mendedahkan bahawa insiden “kencing” di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 adalah rekaan kerana beliau tidak pernah mendengar mengenai insiden itu walaupun bertugas di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Laman Facebook Tanda Putera (https://www.facebook.com/TandaPutera/posts/691982294163987) semalam menyiarkan status yang antara lain menyebut:

“Admin masa tu, kawan kita gak, terima link daripada pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan keterangan gambar (caption) salah.

“Admin muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload. Tapi dipadam cepat bila penerbit sedar kesilapan itu. YB LKS ada menulis tentang kesilapan itu.”

Menurut laman itu lagi, gambar dan keterangannya sudah dibuang, diiringi permohonan maaf daripada pengendali laman serta penerbit filem atas perkara yang menurutnya tidak disengajakan itu.

No comments: