Pengumuman ini dibuat oleh Pegawai Pengurus Pemilihan Kongres Khas, Dr Ong Kian Ming.
Menurut beliau, proses pemilihan semula kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Kongres Pemilihan Khas hari ini telah dihadiri oleh 1,731 perwakilan dari 2,576 perwakilan yang sepatutnya hadir mencatatkan peratusan sebanyak 67.20 peratus . Enam orang perwakilan yang hadir tidak mengundi.
Dalam laporan Roketkini semalam, Dr Ong Kian Ming berkata, seramai 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.
“Parti telah menerima notis dari 12 individu yang telah menarik diri dan seorang meletak jawatan sebagai calon bagi pemilihan semula CEC pada 29 September ini.
“Pada Kongres DAP Kebangsaan Disember 2012 yang lalu, seramai enam orang calon menarik diri manakala seorang pula meletak jawatan manakala John Fernandez telah meletak jawatan pada bulan April 2013,” ujarnya.
Keputusan pemilihan CEC hari ini dijangka dapat diketahu sewalnya pada jam enam petang. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment