Saya terperanjat melihat senarai nama 30 ketua kongsi gelap yang
didedahkan oleh polis semalam. Berita ini disiarkan dalam akhbar STAR
hari ini. Dalam senarai ini, polis mendedahkan nama ketua-ketua kongsi
gelap 04, 08 dan 36 memgikut kawasan di Semenanjung Malaysia.
Pada pandangan saya pendedahan ini mempunyai niat buruk polis dan
kerajaan untuk menghina dan mencemarkan kaum India di negar ini.
Nama-nama yang didedahkan itu adalah 100% terdiri daripada ketua-ketua
kongsi gelap berbangsa India. Tujuan pendedahan ini adalah berniat jahat
untuk mewujudkan satu 'branding' yang buruk terhadap kaum India. Kenapa
nama ketua kongsi-kongsi gelap dari kalangan bangsa lain tidak
didedahkan oleh polis? Kenapa polis hanya mendedahkan ketua-ketua kongsi
gelap berbangsa India. Ini mencemarkan nama baik kaum India negara ini
kerana sengaja dikaitkan dengan kegiatan haram yang terlampau.
Apabila kenyataan media itu dibaca oleh mana-mana pihak, ia akan
memberi satu gambaran negatif seolah-olah semua orang India adalah
'gangster'. Lebih kurang 2 minggu yang lepas, satu senarai nama atau
organisasi kongsi gelap didedahkan oleh polis melalui media. Sebanyak
49 pertubuhan haram disenaraikan terlibat dalam aktiviti kongsi gelap di
negara ini. Tetapi apabila senaraiksn nama ketua-ketua kongsi gelap,
hanya 30 orang yang berbangsa India didedahkan. Kenapa pihak polis cuba
melindungi pihak-pihak tertentu dan hanya memburukkan nama baik kaum
India? Ini adalah tidak adil dan berbaur hasutan.
Pendedahan yang bermotif jahat ini akan memberi kesan negatif kepada
imej dan sosio-ekonomi kaum India di negara kita.Sebagai contoh,
anak-anak muda mungkin akan menhadapi masalah untuk mendapat kerja
kerana majikan tidak berani memberi kerja kepada merek? Belia-belia
India yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan pula mungkin akan
hilang peluang kerana imej negatif ini. Selain daripada itu, anak-anak
murid disekolah juga mungkin dihina oleh rakan-rakan dan guru-guru
dengan istilah yang kurang menyenangkan. Masyarakat India akan dihina
dan menghadapi tekanan imej buruk untuk selama-lamanya jika perkara ini
tidak ditangani dengan betul. Kementerian Dalam Negeri dan Polis harus
berhenti memburukkan nama baik masyarakat India dengan serta merta.
No comments:
Post a Comment