Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu
untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam
kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk
memikirkan cadangan tersebut.
"Beri (rakyat) masa untuk memberi
pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam
satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.
Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.
Beliau
mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin
supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam
gabungan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan
Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran
yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.
No comments:
Post a Comment