Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno/BN mencapai “kemuncak” baru
di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan
khayalan menjadi dikemukakan sebagai kenyataan.
Akhbar Harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi
“transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar
rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama
samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi
serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan
menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan
pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.
Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk
bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC
ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan
547 perwakilan."
Pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau
Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547
perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu
kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi
soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis
bukti. Para propagandis Umno/BN ini berharap kepalsuan itu boleh
diterima oleh rakyat Malaysia dengan cara menerapkan doktrin Goebble,
menteri propaganda Nazi, yang menyatakan bahawa jika pembohongan diulang
seribu kali, ia akan menjadi satu fakta.
DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada pembohongan
tentang “547 perwakilan hantu DAP” di Kongres DAP di Pulau Pinang
Disember lalu adalah salah satu sebab mengapa Ketua Pengarah Pendaftar
Pertubuhan mengeluarkan arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan
semula CEC dan, jika bukan, apakah sebab RoS mengeluarkan arahan
sedemikian.
DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika Ketua Pengarah RoS
boleh memberikan sebab yang munasabah dan bukannya berasaskan
pembohongan dan kepalsuan yang direka oleh Skuad Perang Saraf Goebbel
Umno/BN, terutama oleh cawangannya di Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment