Monday, August 31, 2009

Ahmad Said Kata JKKK Wajar Letak Jawatan Kerana Buah Kurma Dan Air Zam-Zam Tak Sampai Kepada Rakyat

UALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said sekali lagi mengkritik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang yang didakwanya gagal menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan negeri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kurmaairzamzam.jpgBeliau berkata kegagalan mereka menjadi perantaraan yang baik antara kerajaan dengan rakyat, bakal merosakkan nama baik kerajaan negeri dan JKKK wajar meletakkan jawatan mereka.

Katanya, jika perkara itu berterusan, apa sahaja bantuan dan sumbangan yang diberikan kerajaan negeri tidak akan sampai ke tangan rakyat.

"Saya amat kesal dengan tindakan sesetengah JKKK yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan sehingga menyebabkan rakyat menyalahkan kerajaan kerana bantuan tidak sampai.

"Jika perkara yang tidak sebesar manapun tidak dapat dilakukan, lebih baik mereka meletak jawatan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Parlimen Kuala Nerus semalam.

Namun apa yang membuatkan beliau marah pada kali ini?

Baca Seterusnya >>

No comments: