Wednesday, September 5, 2012

Bolehkah Teng Chang Yeow mewaraskan jualan murah lebih 2,000 ekar tanah negeri?

BN mendakwa mempunyai surat-surat bertarikh Julai 2003 yang menunjukkan bahawa Exco negeri BN telah memberi kelulusan untuk fasa kedua perumahan kos rendah atas tanah 1.1 ekar di Taman Manggis. BN harus memberi penjelasan kenapa:
a) BN tidak membuat pengumuman awam mengenai projek perumahan kos rendah pada tahun 2003;
b) BN gagal untuk mengambil tindakan susulan selama 5 tahun daripada 2003 hingga 2008 untuk melaksanakan projek tersebut kerana ia tidak pernah ditandakan dalam pelan MPPP;
c) BN tidak membantah secara umum dan mengatakan bahawa tanah itu telah diperuntukkan untuk projek perumahan kos rendah semasa saya mengumumkan pada tahun 2009 bahawa tanah tersebut akan dijual melalui tender terbuka untuk pembinaan hospital swasta bagi meningkatkan pelancongan kesihatan Pulau Pinang.
Ataupun, adakah ini merupakah lagi satu janji kosong BN seperti projek Lingkaran Luar Pulau Pinang atau monorel yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri?

Kegagalan BN untuk mengumumkan pada tahun 2003 kepada pihak media bahawa projek perumahan kos rendah akan dibina di Taman Manggis serta kegagalan untuk menandakan sedemikian dalam pelan tataletak MPPP menunjukkan bahawa BN membuat serangan tidak berasas demi pilihan raya umum yang akan datang. Kenapakah tiada pemimpin BN membantah apabila tender terbuka dipanggil pada tahun 2009 yang bukan sahaja disiarkan dalam media tetapi juga diiklankan dalam akhbar-akhbar BN seperti The Star?

Jelas BN menggunakan isu Taman Manggis untuk menyelamatkan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow kerana gagal mengemukakan bukti bahawa saya, Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital tersebut. BN begitu terdesak sehingga menyerang tuan tanah saya walaupun beliau tidak terlibat dalam tender tersebut. Teng tahu beliau menipu kerana penjualan tanah Taman Manggis itu telah dilakukan dengan tender terbuka di mana sesiapa yang menawar harga yang paling tinggi akan mendapat kontrak membina hospital swasta.

Penjualan tanah secara tender terbuka oleh kerajaan negeri PR yang berjaya mendapatkan harga tertinggi dan melebihi harga pasaran berbeza sama sekali dengan penjualan tanah oleh kerajaan BN terdahulu. Sebagai contoh, dalam perjanjian-perjanjian penebusgunaan Tanjung Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah di pesisiran Tanjung Tokong pada harga RM1 sekaki persegi! Tanah 750 ekar di Batu Kawan pula telah dijual pada tahun 2004 pada harga antara RM3.05 hingga RM4 sekaki persegi.

Bagi Lebuhraya Jelutong pula, di bawah perjanjian-perjanjian yang bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jeluton dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos adalah RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah. Ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi. Tambahan pula, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015 – semestinya satu rekod tempoh pembayaran yang baru.
Bolehkah Teng memberi penjelasan mengenai penjualan sebanyak 2,000 ekar tanah dengan begitu murah semasa beliau berada dalam kerajaan BN?

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

No comments: