DAP terkejut dengan keengganan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein Onn untuk menjamin keselamatan PR dalam majlis
rumah terbuka Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam.
Keengganan ini seumpama keengganan untuk memberi amaran kepada mereka
yang bertindak ganas terhadap keselamatan peribadi dan harta
pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PR. Adakah Hishamuddin memberi bukan
sahaja kekebalan undang-undang tetapi juga menyetujui tindakan-tindakan
yang salah ini?
Dengan keengganan untuk menjamin keselamatan pemimpin-pemimpin PR ini, Hishamuddin memberi gambaran yang salah kepada mereka yang menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat PKR? Adakah kita akan melihat lagi tindakan ganas bukan sahaja terhadap PKR tetapi juga terhadap PR? Persoalan keselamatan awam ini adalah isu yang kritikal ekoran serangan sistematik dan terancang terhadap DAP semalam di mana ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat 3 ADUN DAP iaitu ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh, ADUN Pulau Tikus Koay Teng Hai dan saya sendiri, telah disimbah dengan cat merah.
Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana pusat khidmat seorang Ketua Menteri telah diserang, dan menunjukkan betapa bertambah buruknya budaya politik kebencian dan keganasan terhadap PR dan pemimpin-pemimpin DAP. Serangan terbaru ini jelas merupakan sebahagian daripada usaha sistematik dan terancang untuk mengancam, menjatuhkan dan melemahkan kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana ini merupakan serangan yang ketiga dalam tempoh 13 bulan.
Pada Ogos 14 2011, ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat ADUN Komtar Ng Wei Aik telah disimbah cat jingga dan merah. 4 hari kemudian berlaku cubaan untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP Pulau Pinang. Sampai hari ini pelakunya belum lagi dikenal pasti atau ditangkap oleh pihak polis.
Saya tidak tahu sama ada akan berlaku lagi serangan sedemikian terhadap DAP di Pulau Pinang. Namun begitu, DAP tidak akan ditakutkan oleh tindakan ganas ini tetapi akan terus berusaha dengan mandat yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang untuk melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat dan pentadbiran bersih. Saya menyeru agar ahli-ahli dan para penyokong akan bertenang dalam menghadapi provokasi dan menunjukkan kesabaran dengan budaya demokratik dan tanpa keganasan. Akhirnya, PR dan DAP akan berjaya kelak dengan menolak politik kebencian, penipuan dan keganasan.
Hishamuddin harus memulihkan kredibiti peribadi beliau dan menegakkan undang-undang dengan menarik baik kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan arahan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak ganas terhadap PR demi membuktikan bahawa tiada dwi-standard atau pendakwaan secara selektif.

No comments:
Post a Comment