Saturday, September 8, 2012
Rumah terbuka Aidilfitri PAS Terengganu meriah
Sambutan rakyat pada hari rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) cukup meriah menggamit ribuan para pengunjungnya.
Hadir sama pada majlis tersebut pimpinan DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK serta pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Sehubungan itu, dalam ucapan ringkasnya, Ng Chai Hing mengingatkan para hadirin perjuangan lebih besar selepas hari perayaan Aidilfitri adalah pilihan raya umum.
Katanya, rakyat telah ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai pemberian bantuan termasuk kewangan agar mengekalkan kerajaan rasuah Umno-BN.
“Sukalah saya ingatkan, selepas hari perayaan (Aidilfitri) yang besar ini. Kita (rakyat) akan berdepan pula dengan pilihan raya umum yang besar, yang menjadi ‘servival’ kepada nasib kerajaan Barisan Nasional.
“Rakyat kena buat perubahan untuk menukar kerajaan yang rasuah ini pada pilihan raya akan datang. Hari ini, rakyat ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai bantuan dan kewangan untuk terus sokong kerajaan BN,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment