Friday, January 18, 2013

Previous > Pengiraan Detik 84 Hari ke PRU13: Mahathir patut selamanya tutup mulut

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah memanggil mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pengkhianat negara berikutan pendedahan di Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Tanpa Izin (RCIII) berkenaan perancangan "kewarganegaraan untuk undian" di Sabah sekitar tahun sembilan puluhan.

Semalam, beberapa bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu RCI di Kota Kinabalu bahawa mereka diarahkan bagi memudahcara pendatang tanpa izin untuk mengundi ketika 1990-an dan membantu menaikkan kerajaan negeri yang mesra BN.

Operasi ini termasuklah antaranya mengeluarkan resit kad pengenalan (KP) pengundi yang sememangnya wujud kepada pendatang tanpa izin untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang tanpa izin yang tidak layak - juga dikenali sebagai Projek IC atau Projek M yang mana "M" bermaksud Mahathir.

Dua orang paling rapat dan orang kanan Mahathir ketika itu telah dilibatkan oleh saksi di hadapan RCI dalam penipuan kewarganegaraan-untuk-undian di Sabah - Megat Junid Megat Ayub, Timbalan Menteri Dalam Negeri Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri serta Aziz Shamsuddin, setiausaha politik Mahathir. Megat Junid kemudiannya menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan sementara Aziz Shamsuddin kemudiannya menyertai Kabinet sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Sekiranya pertuduhan "Resit IC untuk undi" Projek IC atau Projek M dan "kewarganegaraan-untuk-undi" yang dibuat di RCIII adalah benar, dan tiada sebab untuk mensyaki kebenaran mereka memandangkan perkara ini telah menjadi rahsia umum di Sabah, bukan sahaja di dalam penghakiman 2001 Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam petisyen pilihan raya yang membatalkan keputusan dewan undangan negeri Likas pada 1999 kerana kewujudan beribu nama "hantu" yang diragui di dalam daftar pemilih, tetapi juga pengakuan di dalam ruang awam oleh bekas pegawai UMNO Sabah dan kakitangan kerajaan yang terlibat di dalam penipuan itu, seperti Mutalib Mohd Daud, Karim bin Ghani dan Hassnar Ebrahim, maka jenayah pengkhianatan telah dilakukan.

Azmin telah membangkitkan satu persoalan yang tepat - adakah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir bersalah di dalam penipuan "Resit IC-untuk-undi" dan dalam Projek IC atau Projek M di Sabah pada tahun sembilan puluhan.

Lebih-lebih lagi, adakah dua orang kanannya yang kemudiannya menjadi Menteri Kabinet, Megat Junid dan Aziz Shamsuddin, turut bersalah atas pengkhianatan kerana terlibat di dalam penipuan "Resit IC-untuk-undi" dan "kewarganegaraan-untuk-undi" di Sabah?

Mahathir patut selamanya tutup mulut sekiranya beliau tidak bersedia untuk secara sukarela tampil di hadapan RCIII Sabah untuk membersihkan tuduhan bahawa beliau adalah pengkhianat dengan memberikan KP dan hak mengundi kepada pendatang asing demi mempertahankan kuasa politik UMNO dan bersuara untuk membersihkan nama Megat Junid serta Aziz Shamsuddin.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur

No comments: