Kejayaan dan suasana aman Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112
yang disertai lebih 100,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Stadium
Merdeka pada Sabtu lalu, menjadi titik bagi demokrasi yang sedang matang
di Malaysia.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perhimpunan itu mencipta pelbagai sejarah pertama kali di Malaysia, termasuk:-
* Perhimpunan aman 100,000 rakyat Malaysia yang patriotik dan
berpandangan jauh daripada pelbagai kaum, agama dan tempat, tidak kira
usia atau jantina, hadir bersama dengan harapan, perasaan muhibah dan
perpaduan untuk Malaysia yang mana terdapat kebebasan dan keadilan untuk
semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang;
* Tiada langsung di dalam mana-mana ucapan baik daripada pemimpin
Pakatan Rakyat atau wakil masyarakat awam yang memainkan isu kaum dan
agama, mengapi-apikan hal kaum dan agama untuk memprovokasi kebencian
dan konflik.
* Tiada penyebaran pembohongan atau penipuan, seperti mana amalan
biasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan lidah propaganda mereka dalam
serangan mereka ke atas PR;
* 10 perkara yang dituntut PR dan wakil masyarakat awam demi
kebebasan, keadilan dan pembangunan mapan mewakili semua kaum, agama dan
tempat untuk membina Malaysia yang bersatu, harmoni, progresif dan
makmur;
* PR berikrar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 100,000
rakyat Malaysia melaungkan “Merdeka” untuk meneruskan legasi kemerdekaan
Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman yang melaungkan “Merdeka” tujuh kali
di Stadium Merdeka pada 31 Ogos, 1957 – simbol kepada fasa baru
perjuangan kemerdekaan bagi membebaskan negara daripada penindasan
pemerintah setempat;
* Pada penghujung KL112, tidak pernah di dalam sejarah Malaysia lagu
kebangsaan Negaraku dinyanyikan dengan penuh bersemangat, harapan dan
perasaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat demi
perubahan demokratik untuk Malaysia yang lebih baik.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, politik
pembohongan dan penipuan, termasuk memainkan isu perkauman dan agama
untuk menakut-nakut, menimbulkan konflik serta memecahbelahkan rakyat
Malaysia mencemarkan politik Malaysia sepanjang bertahun-tahun lamanya
telah gagal menghalang momentum bagi perubahan yang aman dan demokratik
seperti yang disimbolkan oleh KL112 yang aman dan berjaya.
“Langkah seterusnya bagi mematangkan demokrasi di Malaysia adalah
dengan menginstitusikan sistem dua perikatan dengan mewujudkan perubahan
kuasa dan kerajaan dengan aman melalui peti undi.
“Pilihan Raya Umum ke-13 terus menjadi cabaran besar untuk Pakatan
Rakyat tetapi KL112 adalah tanda aras bahawa tidak kira betapa payah dan
sukar, perubahan kerajaan di Putrajaya pada pilihan raya akan datang
mampu dicapai,” katanya dalam kenyataan media.
Malah,
menurutnya, KL112 sepatutnya menjadi titik peralihan kepada agenda
UBAH, dengan menambah seruan kepada rakyat Malaysia bukan saja untuk
bersatu mengundi perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, tetapi
untuk memastikan PR memperoleh majoriti di Parlimen yang kuat.
Tambahnya, majoriti yang dimaksudkan itu ialah sekurang-kurangnya 28
kerusi iaitu, dengan memastikan PR menang sekurang-kurangnya 124 kerusi
Parlimen atau PKR dengan 45 kerusi dan DAP serta PAS masing-masing
dengan 40 kerusi parlimen. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment