Friday, September 28, 2012

Di sebalik Belanjawan 2013 tersembunyi Najib yang tidak berkeyakinan

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tidak tahu malu menafikan Belanjawan 2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah “belanjawan pilihan raya”. Itu menggambarkan apa yang tidak kena dengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional selepas 55 tahun berkuasa. Pemimpin kerajaan Umno/BN menghidap dua penyakit berbahaya iaitu penyakit ‘tidak menerima hakikat’ dan penyakit ‘apa yang dikata berbeza dengan apa sebenarnya berlaku’.

Malah Menteri, Ahli-Ahli Parlimen dan ahli-ahli UMNO/Barisan Nasional pun tidak akan percaya dengan penafian Muhyiddin bahawa Belanjawan 2013 Najib bukan “belanjawan pilihan raya”.
Mengapakah Timbalan Perdana Menteri membuat penafian yang menghilangkan kewibawaannya, baik dalam kem Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional?

Tidak lain kerana UMNO/BN dibuai perasaan palsu bahawa mereka dapat mengubah politik Malaysia kepada sebuah dunia seperti yang mereka angankan dan membuatkan rakyat biasa mempercayai apa yang diperintahkan oleh pemimpin UMNO/BN, walaupun terpisah daripada realiti.
Keadaan fikiran yang salah dan tidak kena tempat inilah yang menyebabkan pemimpin UMNO/BN berterusan menafikan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap jenayah yang semakin bertambah dan masalah besar negara adalah berleluasanya rasuah. Dengan merujuk kepada statistik GTP dan NKRA serta dakwaan turunnya indeks jenayah yang diragui dan juga perkembangagan usaha memerangi rasuah.

Tetapi perasaan palsu dan penafian ini tidak dapat bertahan lama di dalam dunia sebenar terutamanya dalam era teknologi maklumat dan internet. Ini kerana maklumat tersebar dengan pantas dan tidak mampu dikambus oleh media perdana BN.

Ketika Najib menjadi Perdana Menteri pada April 200,9 beliau telah pun menemui akar permasalahan apabila mengisytiharkan, “era kerajaan mengetahui apa yang terbaik telah berakhir”. Yang menjadi tragedi adalah apabila tindakan beliau selama 42 bulan sebagai Perdana Menteri menggambarkan beliau mampu mengesan masalah tetapi tidak dapat menyelesaikannya. Sama ada kerana kurang kehendak politik atau kepercayaan yang dipegangnya.

Najib mencipta sejarah semalam apabila beliau menjadikan Belanjawan 2013 yang penuh dengan gula-gula untuk pengundi semua sektor kepada ucapan kempen pilihan raya.

Walaupun dakwaan Muhyiddin selepas pembentangan belanjawan mengatakan ia bukan “belanjawan pilihan raya”, Najib memperuntukkan lebih daripada 10 peratus ucapan belanjawannya menjadi rayuan pilihan raya meminta rakyat terus menyokong Umno/BN diiringi serangan yang tidak patut ke atas Pakatan Rakyat.

Najib mengejutkan Ahli-Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang mendengar pembentangan itu apabila enam perenggan pertama ucapan Belanjawan 2013 merayu rakyat Malaysia untuk terus menyokong kerajaan Umno/BN sambil melemparkan tuduhan-tuduhan dan sindiran-sindiran terhadap Pakatan Rakyat.

Tetapi beliau telah berlebih-lebih apabila 14 perenggan akhir daripada 174 perenggan ucapan belanjawannya digunakan tanpa segan silu menagung-agungkan pemerintahan Umno/BN dan mengutuk Pakatan Rakyat. Sehinggakan ramai daripada kedua-dua belah pihak menggelengkan kepala disertai rungutan yang sama bahawa pembentangan Belanjawan 2013 menunjukkan “kelas” dan “piawaian” yang buruk, baik kandungan belanjawan mahupun pembentangnya.

Terbukti di sebalik Belanjawan 2013 tersembunyi Najib yang tidak berkeyakinan serta sedang dihantui dan diburu kebimbangan bahawa ucapan belanjawannya yang keempat ini mungkin belanjawan Umno/BN terakhir di Parlimen dalam sejarah negara.

Sebab itulah, meskipun Najib bercakap besar dengan penuh yakin rakyat Malaysia akan terus menyaksikan enam lagi belanjawan akan dibentangkan kerajaan Umno/BN untuk transformasi Malaysia daripada negara berpendapatan pertengahan kepada Negara berpendapatan tinggi, Najib sebenarnya terus memainkan watak Hamlet dari karya Shakespear dengan terus bertanya, “To Be or Not To Be”. Terseksa untuk membuat keputusan sama ada “Membubarkan Parlimen atau tidak membubarkan Parlimen” sejak tahun lalu.

Puncanya mudah, Najib tidak mempunyai keyakinan bahawa beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia terakhir daripada UMNO atau dirinya tidak akan dijatuhkan daripada jawatan Presiden UMNO dan mengulangi kejadian yang terjadi ke atas Tun Abdullah pada 2009, iaitu menjadi “trofi” terbaru Tun Mahathir dengan kepala tiga Timbalan Perdana Menteri dan dua Perdana Menteri!

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur

Thursday, September 20, 2012

Warga Tionghua Chukai Gembira Sambut Raya

KEMAMAN - Seramai lebih 150 orang warga Tionghua melahirkan rasa sukacita kerana mereka diraikan dalam majlis sempena hari raya bersekali sempena sambutan perayaan kuih bulan serta perayaan Tang Lung.

Majlis tesebut yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah diadakan pada petang Selasa bermula jam 6.30 petang, 18 September di sebuah restoran di Taman Chukai Utama di bandar Chukai dekat sini

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undanga Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan sedia memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua.jpg"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,

"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing

Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.

Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.

Monday, September 17, 2012

DAP mengecam dan menolak filem anti-Islam yang menghina agama dan kepercayaan masyarakat Islam

DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan dan harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta.

Sungguhpun DAP menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan berkreativiti, kita juga percaya bahawa setiap karya yang dihasilkan perlulah mempunyai tanggungjawab moral ke atas budaya dan kepercayaan mana-mana agama mahupun bangsa. Kebebasan berkarya tidak wajar disalahgunakan seperti yang telah berlaku dalam filem ini.

Justeru, DAP menyeru rakyat agar menolak karya ini kerana ia jelas telah membawa penghinaan kepada agama dan kepercayaan masyarakat Islam.

Pada masa yang sama, DAP turut mengecam keganasan yang telah berlaku ke atas empat orang rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens yang terbunuh dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada kemarahan masyarakat Islam Libya ke atas filem tersebut. Keganasan bukanlah jalan penyelesaian, khususnya berkaitan isu ini.

Isu seperti ini harus menjadi teladan kepada kita bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk kita menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan.

Kita yakin bahawa masyarakat Islam di Malaysia sudah cukup matang dan bijak dalam berhadapan dengan trajedi seperti ini. Bantahan harus dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk lagi.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

Saturday, September 15, 2012

Hishamuddin harus menegakkan undang-undang dengan menarik baik kenyataannya yang tidak bertanggungjawab

DAP terkejut dengan keengganan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn untuk menjamin keselamatan PR dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam. Keengganan ini seumpama keengganan untuk memberi amaran kepada mereka yang bertindak ganas terhadap keselamatan peribadi dan harta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PR. Adakah Hishamuddin memberi bukan sahaja kekebalan undang-undang tetapi juga menyetujui tindakan-tindakan yang salah ini?

Dengan keengganan untuk menjamin keselamatan pemimpin-pemimpin PR ini, Hishamuddin memberi gambaran yang salah kepada mereka yang menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat PKR? Adakah kita akan melihat lagi tindakan ganas bukan sahaja terhadap PKR tetapi juga terhadap PR? Persoalan keselamatan awam ini adalah isu yang kritikal ekoran serangan sistematik dan terancang terhadap DAP semalam di mana ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat 3 ADUN DAP iaitu ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh, ADUN Pulau Tikus Koay Teng Hai dan saya sendiri, telah disimbah dengan cat merah.

Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana pusat khidmat seorang Ketua Menteri telah diserang, dan menunjukkan betapa bertambah buruknya budaya politik kebencian dan keganasan terhadap PR dan pemimpin-pemimpin DAP. Serangan terbaru ini jelas merupakan sebahagian daripada usaha sistematik dan terancang untuk mengancam, menjatuhkan dan melemahkan kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana ini merupakan serangan yang ketiga dalam tempoh 13 bulan.
Pada Ogos 14 2011, ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat ADUN Komtar Ng Wei Aik telah disimbah cat jingga dan merah. 4 hari kemudian berlaku cubaan untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP Pulau Pinang. Sampai hari ini pelakunya belum lagi dikenal pasti atau ditangkap oleh pihak polis.

Saya tidak tahu sama ada akan berlaku lagi serangan sedemikian terhadap DAP di Pulau Pinang. Namun begitu, DAP tidak akan ditakutkan oleh tindakan ganas ini tetapi akan terus berusaha dengan mandat yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang untuk melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat dan pentadbiran bersih. Saya menyeru agar ahli-ahli dan para penyokong akan bertenang dalam menghadapi provokasi dan menunjukkan kesabaran dengan budaya demokratik dan tanpa keganasan. Akhirnya, PR dan DAP akan berjaya kelak dengan menolak politik kebencian, penipuan dan keganasan.

Hishamuddin harus memulihkan kredibiti peribadi beliau dan menegakkan undang-undang dengan menarik baik kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan arahan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak ganas terhadap PR demi membuktikan bahawa tiada dwi-standard atau pendakwaan secara selektif.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

Monday, September 10, 2012

“Hidup segan, mati tak mahu”

Kejadian yang berlaku dalam dua minggu ini mengingatkan saya kepada peribahasa Yunani yang berbunyi “Those whom the gods wish to destroy they first make mad” yang boleh diterjemahkan sebagai “Hidup segan, mati tak mahu”.

Beberapa kejadian baru-baru ini sememangnya tidak boleh diperjelaskan kerana ianya menentang segala lojik, waras dan rasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengecam tindakan “menayangkan punggung” oleh seorang anak muda pada 30 Ogos dengan mengatakan ianya bukanlah budaya Malaysia.

Saya bersetuju dengan beliau bahawa tindakan “menayang punggung” atau memijak diatas gambar pemimpin negara “bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan” dan patut dikecam dan dikutuk.

Akan tetapi, apa yang lebih menyedihkan kepada rakyat Malaysia adalah ‘double standard’ atau layanan ‘istimewa’ oleh Perdana Menteri, pimpinan Barisan nasional dan pihak penguatkuasa, yang buta terhadap kejadian-kejadian yang memalukan yang lain terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat seperti Datuk Seri Nawar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Menteri Besar PAS Datuk Nik Aziz dan pemimpin rakyat iaitu Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga samada ia didalangi oleh UMNO atau puak-puak aktivis yang ditaja oleh UMNO sendiri.

Mengapa Najib terus membisu dan tidak menegaskan bahawa “undang-undang mesti diimplementasikan secara sah tanpa berbelah bagi” apabila gambar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipijak, dikencing serta perbuatan terkutuk seperti upacara pengebumian yang dilakukan keatas gambar-gambar tersebut?

Ya, perbuatan menayangkan punggung serta memijak diatas gambar pemimpin negara perbuatan yang menentang budaya Malaysia, tetapi tindakan ‘double standard’ oleh kerajaan persekutuan dengan insiden penggarian Ong Sin Yee boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia dan adakah ianya sesuatu yang boleh dibanggakan?

Biar saya tekankan lagi kenyataan saya pada hari Sabtu dari negeri Sarawak kepada Najib untuk memaafkan secara berhemah dari pihak kedua-dua anak muda yang berumur 19 tahun, Muhammad Ammar A. Rahman dan Ong Sing Yee serta kedua-dua ibu bapa mereka dalam semangat permuafakatan dan memohon kepada Peguam negara agar menggugurkan semua dakwaan terhadap mereka.

Satu lagi kejadian yang tidak bermoral ini termasuklah kempen fitnah dan pembohongan yang diterajui oleh pemimpin tertinggi UNO, termasuklah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tuduhan liarnya bahawa Pakatan Rakyat mahu mengubah bendera kebangsaan dan menggubal Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan sistem perlembagaan raja Melayu walaupun telah dinafikan bertubi-tubi oleh pemimpin pakatan Rakyat.

Pemimpin UMNO/Barisan Nasional memang patut dipersalahkan diatas penyemaian kebencian, kelakuan samseng serta pembohongan, namun, suara inilah yang menjadi suara paling lantang dalam tuduhan terhadap Pakatan Rakyat diatas kesalahan-kesalahan ini walaupun tiada bukti dan tidak berasas sama skali.

Sabtu lalu, Muhyiddin mengumumkan bahawa UMNO akan memecat mana-mana ahlinya yang didapati mensabotaj calon-calon menjelang pilihanraya umum yang akan datang ini. Kenyataan ini dengan tidak langsungnya juga memaksa parti-parti komponen yang lain untuk menyahut seruan ini jua.

Satu kajian keatas keputusan pilihanraya 2008 menunjukkan bahawa 1 hingga 1.5 juta ahli UMNO yang tidak membuang undi bagi calon UMNO kerana apa yang diperoleh adalah hanya 2 juta undi daripada 5.7 juta undi Melayu dalam 2008. Yang kelakarnya, UMNO terus melaung-laungkan bahawa bilangan ahlinya adalah sebanyak 3 juta.

Adakah Muhyiddin sendiri mencadangkan bahawa UMNO perlu memecat lebih 1 juta ahlinya diatas sebab “mensabotaj” UMNO dalam pilihanraya umum 2008?

Sama juga, majoriti ahli MCA dan ahli Gerakan juga tidak membuang undi untuk calon Barisan Nasional dalam “tsunami politik” 2008.

Adakah Muhyiddin mencadangkan bahawa MCA dan Gerakan juga harus memecat majoriti daripada ahli mereka diatas sebab “mensabotaj” calon BN dalam tahun 2008?

Satu lagi tindakan yang tidak masuk akal, tidak munasabah dan tidak berasas oleh kerajaan Barisan Nasional adalah pembulian dan gangguan serta dakwaan terhadap organisasi hak asasi manusia, SUARAM sebagai tindakbalas terhadap kempen pembongkaran oleh Suaram berhubung skandal kapal selam Scorpene yang bernilai berbilion ringgit.

Sekiranya Najib benar-benar ikhlas dan serius dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta sasaran NKRAnya terutama sekali dalam memerangi rasuah, kesemua agensi kerajaan termasuklah MACC harus bekerjasama bersama SUARAM untuk membenarkan pendedahan penuh skandal kapal selam Scorpene daripada menganiya SUARAM.

Penganiyaan terhadap SUARAM harus dihentikan kerana tindakan ini mencerminkan pendirian serta pengakuan oleh pimpinan Najib kepada semua rakyat Malaysia serta warga dunia bahawa skandal kapal selam Scorpene ini menyelimutkan perkara-perkara yang lebih buruk lagi.

Perampasan identiti serta maksud sebenar sambutan Hari Merdeka Ke-55 serta Hari Malaysia Ke-49 dengan penggunaan tema kempen pilihanraya Barisan Nasional, “Janji Ditepati” memberi satu gambaran keseluruhan yang seiring dengan peribahasa “Hidup segan, mati tak mahu” yang amat bertempat.

Lim Guan Eng

Saturday, September 8, 2012

Rumah terbuka Aidilfitri PAS Terengganu meriah


Sambutan rakyat pada hari rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) cukup meriah menggamit ribuan para pengunjungnya.

Hadir sama pada majlis tersebut pimpinan DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK serta pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, dalam ucapan ringkasnya, Ng Chai Hing mengingatkan para hadirin perjuangan lebih besar selepas hari perayaan Aidilfitri adalah pilihan raya umum.

Katanya, rakyat telah ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai pemberian bantuan termasuk kewangan agar mengekalkan kerajaan rasuah Umno-BN.

“Sukalah saya ingatkan, selepas hari perayaan (Aidilfitri) yang besar ini. Kita (rakyat) akan berdepan pula dengan pilihan raya umum yang besar, yang menjadi ‘servival’ kepada nasib kerajaan Barisan Nasional.

“Rakyat kena buat perubahan untuk menukar kerajaan yang rasuah ini pada pilihan raya akan datang. Hari ini, rakyat ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai bantuan dan kewangan untuk terus sokong kerajaan BN,” ujarnya.

Wednesday, September 5, 2012

Bolehkah Teng Chang Yeow mewaraskan jualan murah lebih 2,000 ekar tanah negeri?

BN mendakwa mempunyai surat-surat bertarikh Julai 2003 yang menunjukkan bahawa Exco negeri BN telah memberi kelulusan untuk fasa kedua perumahan kos rendah atas tanah 1.1 ekar di Taman Manggis. BN harus memberi penjelasan kenapa:
a) BN tidak membuat pengumuman awam mengenai projek perumahan kos rendah pada tahun 2003;
b) BN gagal untuk mengambil tindakan susulan selama 5 tahun daripada 2003 hingga 2008 untuk melaksanakan projek tersebut kerana ia tidak pernah ditandakan dalam pelan MPPP;
c) BN tidak membantah secara umum dan mengatakan bahawa tanah itu telah diperuntukkan untuk projek perumahan kos rendah semasa saya mengumumkan pada tahun 2009 bahawa tanah tersebut akan dijual melalui tender terbuka untuk pembinaan hospital swasta bagi meningkatkan pelancongan kesihatan Pulau Pinang.
Ataupun, adakah ini merupakah lagi satu janji kosong BN seperti projek Lingkaran Luar Pulau Pinang atau monorel yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri?

Kegagalan BN untuk mengumumkan pada tahun 2003 kepada pihak media bahawa projek perumahan kos rendah akan dibina di Taman Manggis serta kegagalan untuk menandakan sedemikian dalam pelan tataletak MPPP menunjukkan bahawa BN membuat serangan tidak berasas demi pilihan raya umum yang akan datang. Kenapakah tiada pemimpin BN membantah apabila tender terbuka dipanggil pada tahun 2009 yang bukan sahaja disiarkan dalam media tetapi juga diiklankan dalam akhbar-akhbar BN seperti The Star?

Jelas BN menggunakan isu Taman Manggis untuk menyelamatkan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow kerana gagal mengemukakan bukti bahawa saya, Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital tersebut. BN begitu terdesak sehingga menyerang tuan tanah saya walaupun beliau tidak terlibat dalam tender tersebut. Teng tahu beliau menipu kerana penjualan tanah Taman Manggis itu telah dilakukan dengan tender terbuka di mana sesiapa yang menawar harga yang paling tinggi akan mendapat kontrak membina hospital swasta.

Penjualan tanah secara tender terbuka oleh kerajaan negeri PR yang berjaya mendapatkan harga tertinggi dan melebihi harga pasaran berbeza sama sekali dengan penjualan tanah oleh kerajaan BN terdahulu. Sebagai contoh, dalam perjanjian-perjanjian penebusgunaan Tanjung Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah di pesisiran Tanjung Tokong pada harga RM1 sekaki persegi! Tanah 750 ekar di Batu Kawan pula telah dijual pada tahun 2004 pada harga antara RM3.05 hingga RM4 sekaki persegi.

Bagi Lebuhraya Jelutong pula, di bawah perjanjian-perjanjian yang bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jeluton dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos adalah RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah. Ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi. Tambahan pula, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015 – semestinya satu rekod tempoh pembayaran yang baru.
Bolehkah Teng memberi penjelasan mengenai penjualan sebanyak 2,000 ekar tanah dengan begitu murah semasa beliau berada dalam kerajaan BN?

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

Monday, September 3, 2012

BN mengamalkan dakwaan selektif, dwi-standard dan sikap perkauman

DAP mencela dengan kuat tindakan beberapa individu yang telah memijak gambar Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka semasa sambutan malam Merdeka di Kuala Lumpur. Namun demikian, jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein boleh berjanji bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan dan mempercepatkan proses undang-undang ke atas pelaku-pelaku tersebut, adakah tindakan yang sama akan diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang melakukan tindakan yang serupa ke atas gambar-gambar pemimpin PR?

Sampai sekarang tiada pun tindakan mahkamah yang diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang terdesak ini yang mencabuli gambar-gambar pemimpin PR. Jelas BN mengamalkan dakwaan selektif, dwi-standard dan sikap perkauman dengan tidak mengambil tindakan dan tuntutan yang sama terhadap para pelampau Perkasa yang telah membakar atau memijak gambar saya di luar pejabat saya dan juga melakukan upacara pengebumian dengan gambar saya di luar kediaman saya.

Lagi sekali, kenapa tiada tindakan diambil juga ke atas mereka yang bertindak biadap terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di luar rumah beliau? Yang sedihnya ialah Menteri-menteri daripada parti komponen bukan Melayu BN bertindak bagai pengecut dengan menuntut tindakan apabila gambar Perdana Menteri dipijak tetapi tidak apabila gambar seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dicabuli.

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah berkata bahawa tindakan memijak gambar Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak hormatnya Pembangkang terhadap negara. Pertama sekali, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk menuduh Pembangkang untuk sesuatu tindakan yang jelas bukan kerja kita. Kedua, kecaman Koh Tsu Koon terhadap insiden memijak gambar Perdana Menteri sementara berdiam apabila gambar saya dipijak dan upacara pengebumian dilakukan dengan gambar saya hanya mendedahkan dwi-standard serta sikap tunduk beliau kepada UMNO.

Koh tidak juga memanggil untuk tindakan yang sama terhadap pemprotes Datuk Ambiga yang telah menghinanya dengan “tarian punggung” serta “protes burger” di mana burger daging telah dimasak di luar kediamannya walaupun beliau seorang Hindu dan vegetarian. Adakah kelakuan ini boleh diterima apabila membabitkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti saya dan Datuk Ambiga? Nampaknya pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti saya dan Datuk Ambiga akan terus dianiaya dan dimalukan sementara pemimpin-pemimpin pembangkang Melayu PR akan diganggu dengan fitnah skandal seks.

Ini mendedahkan sikap BN dan menjadi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa BN bersedia untuk melakukan apa sahaja sekalipun untuk memainkan politik perkauman melampau dan politik pecah-belah untuk memenangi PRU yang akan datang.

Tragedi sebenar Menteri-menteri bukan Melayu BN seperti Koh Tsu Koon bukan sahaja sikap tunduk terhadap UMNO tetapi beliau juga telah melatih satu generasi pemimpin Gerakan yang mempunyai sikap tunduk yang sama terhadap pemimpin UMNO sehingga penghinaan ke atas pemimpin-pemimpin bukan Melayu boleh diterima berbanding dengan pemimpin-pemimpin UMNO.


Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan